Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial apabila seorang lelaki dilihat melafazkan cerai kepada isterinya dalam keadaan tenang, sebelum menyerahkannya kepada teman lelaki wanita itu di hadapan orang ramai.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/DK8hdxkTPAU/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Suami Lafaz Cerai Dengan Tenang, Serah Isteri Kepada Teman Lelaki

Kejadian dipercayai berlaku di perkarangan rumah lelaki tersebut, dengan kehadiran penduduk kampung yang menyaksikan detik perpisahan itu. Rumah tangga pasangan berkenaan dilaporkan berakhir selepas hubungan sulit si isteri bersama seorang lelaki berstatus duda terbongkar.

Dalam rakaman tersebut, lelaki yang dipercayai suami sah wanita terbabit melafazkan cerai sambil menahan sebak, namun tetap tenang dalam menyampaikan kata-kata terakhirnya.

“Aku serahkan isteri aku kepada kau ya, kau jaga dia baik-baik, jangan sampai kau melakukan hal yang tidak diinginkan. Nikahilah dia dengan tanggungjawab zahir dan batin,”ujar si suami kepada teman lelaki bekas isterinya.

Beliau turut berpesan agar isterinya dijaga dengan baik, serta mengingatkan agar hubungan baharu yang terjalin itu dibina atas asas yang sah dan bermaruah.

Difahamkan, lafaz cerai tersebut disusuli dengan permohonan maaf daripada teman lelaki wanita berkenaan, yang meluahkan kekesalan atas kejadian yang berlaku. Wanita itu pula dilihat menangis teresak-esak sewaktu insiden tersebut berlangsung.

Kredit: Instagram bdg.stories

[fbcomments]