Satu perkongsian video oleh seorang remaja perempuan di TikTok mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas dia mendedahkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang jauh lebih berusia.
![]()
Tular Remaja Dedah Bercinta Sejak Usia 13 Tahun, Netizen Luah Kebimbangan
Apa yang lebih mencetuskan perhatian, remaja tersebut mendakwa hubungan mereka telah bermula sejak dia berumur 13 tahun. Pendedahan itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kebimbangan ramai pihak berkenaan batas usia dan isu kebertanggungjawaban dalam hubungan sedemikian.
Dalam ruangan komen sebelum video tersebut dipercayai dipadam, remaja itu mempertahankan hubungan mereka dengan menyatakan bahawa pasangannya seorang lelaki yang bertanggungjawab dan tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya.
![]()
Perkongsian itu kemudiannya menjadi tular di platform X dan terus menarik perhatian warga maya. Sebahagian netizen meluahkan rasa risau dengan perbezaan umur yang ketara dan usia gadis terbabit ketika hubungan itu bermula.
Namun begitu, tidak kurang juga yang berpendapat isu tersebut tidak wajar dibesar-besarkan sekiranya hubungan tersebut dijalinkan secara rela dan tidak melibatkan unsur penderaan atau paksaan.
![]()
Kredit: X shafieqashmsdn