Dunia perundangan dan jutaan peminat di media sosial berduka apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Perbandaran Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat, Frank Caprio, disahkan meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat kanser pankreas.

@therealfrankcaprio

Judge Frank Caprio has passed away peacefully at the age of 88, following a long and courageous battle with pancreatic cancer. Beloved around the world for his deep compassion, humility, and unwavering faith in the goodness of people, Judge Caprio touched millions through his work in the courtroom, and even more through his example of humanity. His warmth, humor, and kindness left a lasting impression on everyone who had the privilege of knowing him or hearing his words. He will be remembered not only as a respected judge, but as a loving husband, father, grandfather, great-grandfather, and friend. His legacy lives on in the countless lives he uplifted and the kindness he inspired. In his memory, may we all strive to lead with more empathy, more understanding, and more heart, just as he did every single day. JudgeFrankCaprio RestInPeace Kindness Compassion Legacy NeverForgotten

♬ original sound – Judge Frank Caprio – Judge Frank Caprio

Hakim Paling Baik Di Dunia Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

Berita pemergiannya dikongsikan menerusi hantaran di akaun rasmi TikTok miliknya pada pagi Khamis, sekali gus mengundang rasa kehilangan besar terhadap figura yang dikenali dengan sikap penyayang serta penuh belas kasihan dalam setiap prosiding mahkamah.

Caprio cukup dikenali dengan sikap belas kasihannya dalam mengendalikan prosiding sehingga digelar sebagai “hakim paling baik di dunia”. Popularitinya melonjak selepas rancangan televisyen Caught in Providence yang memaparkan sesi mahkamah sebenar mendapat sambutan luar biasa hingga mencetus fenomena global.

Selain di kaca televisyen, Caprio turut menjadi figura berpengaruh di media sosial dengan lebih 1.6 juta pengikut di TikTok.

@therealfrankcaprio

As I continue this difficult battle, your prayers will lift my spirit. judgefrankcaprio neverforget kindness love

♬ original sound – Judge Frank Caprio – Judge Frank Caprio

Pada Disember 2023, beliau pernah mendedahkan mengenai penyakit yang dihidapinya dan meminta orang ramai mendoakan kesihatannya. Permintaan yang sama kembali diulangnya menerusi rakaman video terakhir dari katil hospital, kurang 24 jam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Dalam rakaman itu, Caprio dilihat tenang dan masih berpegang pada keyakinan bahawa doa orang ramai menjadi kekuatan besar buat dirinya menempuh detik sukar.

Pemergian Caprio bukan sahaja dirasai masyarakat Amerika Syarikat, malah turut meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang pernah terinspirasi dengan ketegasan dan kemanusiaan yang dibawanya sepanjang karier sebagai hakim.

Kredit: TikTok therealfrankcaprio

[fbcomments]