Seorang pegawai polis berpangkat Komisioner di Indonesia, Cosmas Kaju Gae, dikenakan tindakan tegas apabila Suruhanjaya Kod Etika Profesional Kepolisian Negara Republik Indonesia (KKEP) menjatuhkan hukuman putusan pemberhentian tanpa hormat (PTDH) berhubung kes kematian seorang pemandu ojek dalam talian, Affan Kurniawan.
@jawaposofficial Komandan Batalyon C Resimen IV Pasukan Pelopor Korps Brimob Polda Metro Jaya Kompol Cosmas Kaju Gae diputus melanggar kode etik berat. Dalam sidang Kode Etik Profesi Polri (KEPP) Rabu malam (3/9), Cosmos mendengarkan putusan sidang yang dia jalani. Dia kena sanksi Pemberhentian Dengan Tidak Hormat (PTDH) atau dipecat dari dinas kepolisian. ”Pemberhentian Dengan Tidak Hormat atau PTDH sebagai anggota Polri. Demikian putusan sidang KEPP ini,” ungkap ketua sidang. Mendengar putusan tersebut, Cosmos hanya terdiam. Saat diberikan kesempatan untuk merespons putusan itu, dia menatap langit-langit ruang sidang. Sambil menahan tangis, dia kemudian berkata bahwa seluruh insiden tragis yang menyebabkan driver ojek online (ojol) Affa Kurniawan meninggal dunia pada Kamis pekan lalu (28/8), sama sekali tidak pernah terlintas dalam benaknya. Baca selengkapnya di www.jawapos.com #affankurniawan #brimob
Pegawai Polis Indonesia Dipecat Selepas Kes Pemandu Ojol Digilis Kenderaan Taktikal
Keputusan itu dibacakan oleh panel hakim dalam prosiding rasmi yang berlangsung hari ini. Difahamkan, Cosmas tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata sebaik hukuman diumumkan.
Beliau turut memohon maaf secara terbuka dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, bahkan mengulangi permohonan maaf itu sebanyak dua kali di hadapan panel.
![]()
Cosmas sebelum ini berada di dalam kenderaan taktikal bersama pemandu, Bripka Rohmat, ketika insiden berlaku. Bagaimanapun, beliau mendakwa hanya mengetahui tentang kejadian selepas tiba di markas polis. Menurut Pesuruhjaya Kompolnas, Mohammad Choirul Anam, maklumat berkaitan insiden itu mula sampai kepadanya melalui rakan setugas serta laporan media sosial.
![]()
Prosiding disiplin tersebut menjadi perhatian ramai kerana melibatkan seorang pegawai berpangkat pertengahan. Cosmas hadir lengkap berpakaian rasmi harian polis serta beret biru Briged Mobil sewaktu mendengar keputusan.
Kredit: Netral News