Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed Shahid, kini dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di hospital, menurut perkongsian kakaknya, Syarifah Syah, menerusi satu video di TikTok.

@queen_syarifah

Semoga adikku cepat sembuh.. Kuat hadapi dugaan dan cabaran@Prince Syed Couture Tq kawan2 yg mendoakan…Adik iparku Fatin Alhamdulillah dah keluar wad..moga semuanya sihat2..

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Prince Syed Dirawat Selepas Tular Isu Keluarga, Kakak Mohon Doa

Dalam video itu, kelihatan Prince Syed terbaring lemah di atas katil hospital, sementara Syarifah memuat naik kapsyen mendoakan agar adiknya cepat sembuh serta kuat menghadapi dugaan.

Syarifah juga memaklumkan bahawa adik iparnya, Fatin Syazwani, yang sebelum ini turut dirawat di hospital, kini sudah pulih dan dibenarkan keluar.

“Adik iparku, Fatin, Alhamdulillah sudah keluar wad. Semoga semuanya sihat-sihat,” katanya. Rata-rata peminat meninggalkan komen mendoakan kesihatan Prince Syed dan semoga proses rawatannya dipermudahkan.

Sebelum ini, kisah pempengaruh ini tular apabila ibu mentuanya mendakwa Prince Syed telah membawa lari anaknya dan menghalang keluarga bertemu Fatin Syazwani. Kejadian itu kemudiannya mencetuskan pergaduhan antara keluarga Fatin dan Prince Syed, yang membawa kepada penahanan ibu bapa mentua Prince Syed susulan laporan polis yang dibuat.

Kredit: TikTok queen_syarifah

[fbcomments]