Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggantung tugas beberapa pegawainya susulan pembabitan mereka dalam serbuan sebuah spa di Chow Kit, Kuala Lumpur, yang didakwa menjadi lokasi aktiviti songsang minggu lalu.

Tindakan itu diambil selepas nama pegawai berkenaan dikaitkan dengan operasi yang dijalankan pihak berkuasa pada Jumaat.

KPM Gantung Tugas Pegawai Terlibat Serbuan Spa Chow Kit

Menerusi kenyataan rasmi, KPM menegaskan pihaknya memandang serius pembabitan kakitangannya dalam kegiatan sedemikian dan menyifatkan perlakuan itu sebagai sama sekali tidak selari dengan nilai yang perlu dijunjung oleh warga kementerian. Siasatan dalaman telah dimulakan serta-merta dan pegawai terbabit diarahkan untuk tidak hadir ke mana-mana institusi pendidikan sehingga proses siasatan diselesaikan.

Kementerian turut mengarahkan ketua jabatan meningkatkan pengawasan tatatertib bagi memastikan sebarang elemen salah laku dapat dikesan lebih awal dan dicegah daripada berulang di mana-mana peringkat.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis memaklumkan 17 daripada 201 individu yang ditahan dalam serbuan itu adalah penjawat awam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, 171 lelaki tempatan dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman mereka ditolak majistret kerana dihantar lewat.

Menurutnya, hanya warga asing berjaya direman selama dua hari bagi tujuan siasatan lanjut.

Kredit: Buletin TV3

 

[fbcomments]