Seorang pemandu van persiaran ditahan polis selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah susulan kemalangan di Kilometer 212 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan.
![]()
Pemandu van persiaran disyaki memandu di bawah pengaruh dadah
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, van yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.
Pemandu berusia 55 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Van berkenaan membawa lapan penumpang warga India, dengan tiga daripadanya iaitu seorang lelaki berusia 52 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berumur 9 dan 13 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Melaka.
![]()
Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret pada Selasa untuk permohonan reman, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-25435507 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Kredit: Harian Metro