Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof, bekas suami kepada Jahidah Nordin @ Sylvester, selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu dalam kejadian lima tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat oleh panel tiga hakim yang sebulat suara menolak rayuan Rosmaini terhadap sabitan serta hukuman terdahulu yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan Perintah Rosmaini Penjara 14 Tahun Serta Bayar Ganti Rugi RM25,000

Panel hakim yang dipengerusikan Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid turut memerintahkan tertuduh, 43, membayar ganti rugi sebanyak RM25,000 kepada mangsa, dengan hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal menjelaskan bayaran tersebut. Hukuman penjara 14 tahun itu berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap tertuduh, yang turut sempat menjalani 79 hari penjara selepas sabitan dibuat.

Kes berkenaan melibatkan insiden di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru pada 4 Mei 2021, apabila tertuduh didakwa menyerang mangsa yang ketika itu hamil 10 minggu hingga menyebabkan kecederaan parah di kepala, muka dan tangan.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]