Seorang pelajar Tingkatan Lima di Pahang kini berada dalam keadaan selamat selepas terpaksa berenang meredah air banjir untuk ke asrama bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada 29 November lalu.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSftoR9Yh/
Pelajar SPM 2025 Di Pahang Selamat Selepas Meredah Banjir Untuk Ke Asrama
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang memaklumkan bahawa laluan keluar dari rumah pelajar tersebut dinaiki air dengan cepat, menyebabkan mangsa dan bapanya terpaksa menolak tong hitam berisi beg sekolah ketika menuju ke asrama SMK Kuala Lanar, Kuala Lipis.
Pelajar berkenaan kini ditempatkan di asrama sekolah dan bersedia untuk menduduki peperiksaan bersama calon lain.
JPN Pahang turut menegaskan bahawa pihaknya bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah berasrama sekitar Lipis telah menyediakan pelan kontingensi awal bagi mengenal pasti pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir.
![]()
Semua pelajar terbabit disediakan kemudahan asrama walaupun tidak menetap di situ, bagi memastikan tiada calon menghadapi kesulitan semasa peperiksaan.
Tindakan pantas ini diambil untuk menjamin kelancaran peperiksaan SPM walaupun berlaku bencana banjir, sekaligus menunjukkan keprihatinan pihak pendidikan terhadap keselamatan pelajar.
Kredit: Buletin TV3, TikTok yusoffpelamindanwiring2