Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 20-an ditahan polis di Jeli pada Isnin selepas dipercayai mahu melakukan aksi intim bersama teman wanitanya, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di dalam kereta yang dipandunya.
Suspek ditahan ketika kereta tersebut memecut untuk mengelak pemeriksaan oleh Unit Kereta Peronda (MPV), selain berlaku pergelutan ringkas antara suspek dan anggota polis.
![]()
Video di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/1FKpHZoWEK/
Pelajar IPT Ditahan Di Jeli Kerana Percaya Mahu Lakukan Aksi Intim Dalam Kereta
Menurut Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, suspek baru mengambil teman wanitanya dari sebuah sekolah sebelum berhenti di tepi jalan.
“Ia dipercayai untuk melakukan hubungan seks dalam kereta, namun mereka terkejut dengan kehadiran anggota polis yang sedang melakukan rondaan,” katanya.
![]()
Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Sebelum itu, suspek ditahan reman selama empat hari mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan memandu secara berbahaya.
Reman suspek tamat kelmarin sebelum permohonan sambungan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
![]()
Polis juga berkongsi rakaman papan pemuka MPV yang menunjukkan kereta Perodua Myvi dipandu secara berbahaya ketika suspek enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan. Kes kini masih dalam siasatan dan polis menegaskan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.
Kredit: Berita Harian