Banjir besar yang melanda Sumatera, Indonesia, telah mengorbankan sekurang-kurangnya 811 nyawa manakala 623 lagi dilaporkan hilang, menurut data terkini Agensi Pengurusan Bencana Negara Indonesia (BNPB).
Tragedi ini menjejaskan wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.
![]()
Banjir Sumatera: 811 Terkorban, Bantuan Helikopter Dikritik Penduduk
Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilaporkan menyalurkan bantuan kepada mangsa, terutamanya di kawasan terpencil seperti Kualasimpang, Aceh Tamiang, menggunakan helikopter dengan kaedah airdrop. Namun, teknik ini menerima kritikan daripada penduduk dan pengguna media sosial di TikTok, yang mendakwa bantuan beras dan Indomie rosak akibat dilempar dari udara, mengakibatkan barang bercampur pasir dan tidak boleh digunakan secara optimum.
Kepala Staf Angkatan Darat, Jenderal Maruli Simanjuntak menjelaskan helikopter tidak dapat mendarat di lokasi kerana ketiadaan landasan, justeru langkah airdrop diambil bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa.
@sidychannel Bantuan Bencana Alam #bantuan #bantuanpemerintah #bencanaalam #bencanabanjir #fyp
“Helikopter tidak boleh mendarat di mana-mana, harus ada landasannya. Jadi kerana keadaan bantuan harus diberikan, kita cuba untuk melemparkannya. Setelah ada yang pecah kita nilai lagi, sampai sekarang tidak terjadi lagi,” katanya.
Setakat ini, lebih 3.1 juta penduduk terjejas, termasuk 592,600 orang yang dipindahkan. Jurucakap Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Prasetyo Hadi, menegaskan bahawa peruntukan bencana sebanyak 500 bilion rupiah (RM123 juta) masih mencukupi dan boleh ditambah jika diperlukan. Pihak TNI kini sedang menilai semula kaedah penyaluran bantuan bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan mangsa.
Kredit: Berita Harian, TikTok sidychannel