Seorang wanita muda di Alicante, Sepanyol menghadapi akibat tidak dijangka apabila dia dipecat kerana datang terlalu awal ke tempat kerja.

Datang Terlalu Awal Ke Tempat Kerja, Wanita Sepanyol Dipecat Majikan

Wanita yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran itu biasanya tiba antara jam 6.45 hingga 7.00 pagi, sedangkan kontraknya menetapkan waktu mula bekerja pada jam 7.30 pagi.

Majikan menilai tindakan wanita tersebut menyalahi arahan kerana dia memulakan kerja lebih awal tanpa tugasan rasmi, berbeza dengan rakan sekerja lain. Selepas beberapa amaran diberikan sejak 2023, syarikat akhirnya mengambil keputusan memecatnya atas alasan salah laku serius.

Wanita berkenaan kemudian membawa kes itu ke mahkamah sosial Alicante, namun hakim berpihak kepada majikan.

Mahkamah menjelaskan bahawa tindakan pekerja itu telah menjejaskan kepercayaan dan kesetiaan dalam hubungan pekerjaan. Menurut keputusan mahkamah, kegigihan wanita tersebut untuk terus datang awal walaupun sudah diberi amaran dianggap sebagai pelanggaran disiplin yang serius dan mencukupi untuk membenarkan penamatan kontrak.

Kredit: portal Oddity Central

 

[fbcomments]