Seorang lelaki di Seberang Jaya, Pulau Pinang, ditahan polis selepas didakwa membunuh isterinya dan menyimpan mayat wanita tersebut selama empat hari di sebuah flat di Jalan Tuna.
Suspek berusia 28 tahun hadir ke balai polis seorang diri dan mengaku berlaku kematian di kediamannya, sebelum pihak polis bergegas ke lokasi kejadian.
![]()
Lelaki Ditahan Selepas Didakwa Bunuh Isteri dan Simpan Mayat Empat Hari di Flat Pulau Pinang
Setibanya di rumah, polis menemui mayat wanita berusia 44 tahun yang terbaring di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kelar pada leher.
Pihak berkuasa turut merampas pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian serta mengambil beberapa sampel untuk siasatan lanjut. Difahamkan, mangsa mempunyai lima anak daripada perkahwinan terdahulu dan baru dua tahun berkahwin dengan suspek.
![]()
Suspek, seorang penganggur, juga mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Motif pembunuhan masih dalam siasatan polis.
Lelaki itu kini direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan lanjut, menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris.
Kredit: Harian Metro