Satu insiden tragis berlaku di Jalan Kuchai Lama apabila seorang pemuda yang baru sahaja bergelar pengantin, Muhammad Harish Aiman, 25, maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu secara melulu pada 8 Disember lalu.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa melalui selekoh dari Sri Petaling menghala ke Jalan Kuchai Lama.

Tragedi Menimpa Pengantin Baharu, Pemuda Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya di Kuchai Lama

Lebih memilukan, arwah baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 7 November 2025 di Pahang dan dijadualkan mengadakan majlis bertandang pada 13 Disember 2025. Semua persiapan termasuk hantaran perkahwinan dan doorgift yang digubah sendiri oleh arwah, terhenti akibat kemalangan tersebut.

Ahli keluarga berkongsi di TikTok bahawa arwah tidak sempat melihat atau menikmati hasil air tangannya sendiri, termasuk kad nikah yang baru siap.

@scrttothecore

#fyppppppppppppppppppppppp #fyp #viral #harishaiman #langgarlari😭

♬ suara asli – 🎶🎧🎶 – Fakta Pangea

Keluarga mangsa berharap keadilan dapat ditegakkan dan menyeru pihak yang terlibat tampil memberikan keterangan berhubung insiden itu.

“Kami berdoa agar keadilan tercapai untuk arwah dan berharap pelaku tampil bertanggungjawab,” kata ahli keluarga.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan penerimaan maklumat dan penularan video kamera papan pemuka di media sosial. Beliau memaklumkan bahawa keterangan pemandu kereta telah direkodkan dan kertas siasatan kini sedang dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Kredit: Harian Metro, TikTok scrttothecore

 

[fbcomments]