Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib, dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mempromosikan produk tembakau melalui sebuah podcast yang dimuat naik di platform YouTube, dua tahun lalu.

Mahkamah Denda Shuib RM10,000 Promosi Produk Vape

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Ezrene Zakariah, yang turut menetapkan hukuman penjara sehingga satu tahun sekiranya denda tersebut gagal dibayar. Mengikut pertuduhan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 kerana mempromosikan produk vape jenama Soundvapedalam Dol’s Podcast pada Oktober 2024.

Mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh telah menurunkan kandungan podcast berkenaan sebaik menyedari perbuatannya melanggar undang-undang. Bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan bahawa tindakan selebriti mempromosikan produk vape boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat, khususnya golongan remaja, memandangkan pengaruh besar yang dimiliki oleh individu berprofil tinggi.

Dalam prosiding yang sama, penaja podcast berkenaan turut didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkaitan promosi produk vape tersebut.

Kredit: Sinar Harian

 

 

 

 

 

[fbcomments]