Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada tujuh pemuda yang menunjukkan keberanian luar biasa apabila bertindak menyelamatkan seorang wanita dan dua anak kecil dalam kejadian kemalangan di Kundang, Isnin lalu.

Tujuh Pemuda Dipuji Perdana Mentari Berani Terjun Tasik Selamatkan Tiga Nyawa

Menerusi perkongsian di Facebook malam tadi, beliau berkata tindakan pantas kesemua pemuda terbabit yang sanggup terjun ke dalam tasik demi menyelamatkan mangsa wajar dipuji serta dijadikan contoh kepada masyarakat. Menurutnya, sikap mengutamakan nyawa orang lain walaupun berdepan risiko keselamatan diri sendiri jelas mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang tinggi.

“Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan sudah menyelamatkan tiga nyawa,” tulisnya.

Dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan yang dinaiki seorang ibu bersama dua anak kecil dilaporkan terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik. Situasi cemas itu bagaimanapun berjaya dikawal apabila tujuh pemuda yang berada berhampiran lokasi segera bertindak membantu, sekali gus menyelamatkan ketiga-tiga mangsa daripada lemas.

Anwar turut mendoakan agar wanita dan dua anaknya itu diberikan kesembuhan serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT selepas melalui detik mencemaskan berkenaan.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]