Tiga individu yang mengenakan kostum maskot watak kartun ditahan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dalam satu operasi penguatkuasaan baru-baru ini selepas didapati meminta wang daripada orang awam di lokasi tumpuan.

Tiga Individu Guna Maskot Katak Untuk Mengemis Ditahan JKM Johor Bahru

Difahamkan, mereka memakai maskot karakter katak bagi menarik perhatian orang ramai dan meraih simpati untuk tujuan mengemis. Tindakan itu dilaporkan media tempatan selepas pihak berkuasa menerima banyak aduan berhubung peningkatan aktiviti seumpama itu di sekitar daerah berkenaan.

Menurut maklumat, perbuatan tersebut bukan sahaja menyalahi peraturan, malah turut menimbulkan risiko keselamatan kerana dilakukan di kawasan persimpangan lampu isyarat serta di tengah pembahagi jalan yang sibuk dengan kenderaan.

Ketiga-tiga individu berkenaan dibawa ke pejabat kebajikan daerah untuk direkodkan keterangan dan semakan latar belakang sebelum dilepaskan dengan amaran lisan serta bertulis.

Mereka turut diminta menandatangani surat aku janji sebagai jaminan tidak mengulangi perbuatan sama. Pihak JKM memaklumkan bahawa tindakan lanjut boleh dikenakan di bawah Akta Orang Papa 1977 sekiranya kesalahan tersebut berulang.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]