Pelakon Azar Azmi menerima perhatian ramai selepas usahawan sensasi Datuk Seri Vida tampil menghulurkan kejutan istimewa kepadanya dalam bentuk sebuah telefon pintar baharu.
@datoserividaofficial Rezeki buat Azar Azmi. Saya kesian sebab dia pinjam phone dengan orang. Sebab dah lama takde handphone. Saya hadiahkan handphone baru untuk Azar. Semoga lebih mudahkan urusan Azar lepas ni . Amin 🤲🏻 #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok #berandafyp #viralvideo #viral
Dato Vida Hulur Bantuan, Ganti Telefon Rosak Milik Azar Azmi
Menerusi perkongsian di TikTok, Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah iPhone 17 Pro Max kepada Azar selepas mendapati telefon yang digunakan sebelum ini berada dalam keadaan rosak teruk dengan skrin retak, selain difahamkan merupakan telefon pinjaman daripada kenalannya.
Menurut Datuk Seri Vida, tujuan pemberian telefon tersebut adalah bagi memudahkan urusan kerja Azar terutama dalam menguruskan perniagaan secara dalam talian. Katanya, dengan adanya peranti baharu itu, ia dapat membantu pelakon berkenaan menjana pendapatan dengan lebih mudah dan lancar.
![]()
“Saya terus rasa nak hadiahkan dia telefon baharu. Saya nak mudahkan kerja dia dengan ada telefon baharu. Saya siap pilih case yang mahal. Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar,” katanya.
Dia turut menjelaskan bahawa Azar tidak mengetahui langsung mengenai kejutan tersebut kerana segala persiapan dilakukan secara rahsia bersama pengurus pelakon itu.
![]()
Dalam video yang dikongsikan, Azar kelihatan sangat terkejut dan seakan tidak percaya apabila menerima hadiah berkenaan. Reaksinya jelas menunjukkan rasa sebak dan gembira atas keprihatinan yang ditunjukkan. Dalam masa sama, Datuk Seri Vida turut berharap pemberian tersebut dapat memberi semangat baharu kepada Azar untuk terus bangkit, memperbaiki kehidupan serta kembali aktif dalam kerjaya dan perniagaan yang diceburinya.
Kredit: TikTok datoserividaofficial