Seorang lelaki warga emas yang merupakan pesakit dialisis dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan.

Tertuduh, Zulkefli Abdul Rani, 60, diperintahkan menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh pertuduhan pada 16 April lalu.

Lelaki 60 Tahun Dihukum Penjara Selepas Amang Seksual Pesakit Remaja Di Hospital

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan berunsur seksual terhadap mangsa berusia 16 tahun di zon hijau sebuah hospital kerajaan di Kuala Pilah kira-kira jam 4 petang pada 30 Januari lalu.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Datin Surita Budin dalam penghakimannya memaklumkan mahkamah mengambil kira keadaan kesihatan tertuduh yang menghidap penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis selain mengalami kecederaan patah kaki sebelum menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaid memaklumkan tertuduh sebelum ini gagal membayar jaminan sebanyak RM5,500 yang ditetapkan mahkamah. Urusan rawatan dialisis tertuduh sepanjang tempoh pemenjaraan akan diuruskan oleh pihak penjara.

Kredit: Sinar Harian

 

[fbcomments]