Dunia seni tanah air kehilangan seorang pelakon veteran apabila Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari, Isnin di kediamannya.

Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Afiqah Jalil, yang memaklumkan bapanya ditemui tidak bernyawa selepas ibunya masuk ke bilik untuk melihat keadaan beliau.

Menurut Afiqah, Allahyarham yang berusia 69 tahun sebelum ini menghidap masalah jantung bengkak dan telah melalui pembedahan sekitar Julai 2022.

Keadaan kesihatannya turut dilaporkan merosot apabila mengalami penurunan berat badan mendadak sehingga 30 kilogram selain hilang selera makan. Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas solat Asar.

Keluarga turut memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit: mStar

[fbcomments]