Seorang lelaki berstatus suami orang berdepan tindakan disiplin selepas didapati melakukan gangguan seksual secara lisan terhadap seorang rakan sekerja wanita di pejabatnya, dalam satu kejadian ketika waktu rehat tengah hari.

Rakan Sekerja Wanita Terima Gangguan Seksual Lisan, Lelaki Digantung Kerja Sebulan

Kejadian dipercayai berlaku ketika kebanyakan kakitangan lain sedang keluar makan tengah hari, manakala mangsa ketika itu baru selesai menunaikan solat sebelum kembali ke mejanya untuk menyapu krim pelindung matahari (sunscreen). Dalam keadaan pejabat yang agak kosong, lelaki berkenaan menghampiri mangsa dan melontarkan komen berunsur lucah dengan menyamakan krim putih yang disapu di wajah wanita itu dengan air mani, disusuli gelak sebelum dia beredar ke tandas.

Bagi mengelakkan situasi menjadi lebih janggal dan mengelakkan tanggapan salah, mangsa kemudiannya meninggalkan kawasan pejabat itu. Namun, insiden berkenaan tidak terhenti di situ apabila lelaki sama didakwa menyebarkan cerita tersebut kepada rakan sekerja lain dengan versi yang sama, menyebabkan mangsa terus diperkecilkan walaupun telah menjelaskan bahawa bahan yang digunakan adalah sunscreen.

“Tiba-tiba lelaki itu masuk pejabat dan cakap woi, asal sapu air mani dekat muka sambil gelak, berlalu ke tandas. Lepas lunch hour dia beritahu pula dekat kawan pejabat lain kononnya aku sapu air mani pada muka. Aku dah cakap yang itu adalah sunscreen tapi mereka perli-perli lagi,” tulisnya.

Tidak mahu maruahnya terus dipijak-pijak, wanita berkenaan akhirnya membuat laporan kepada pihak pengurusan syarikat. Hasil siasatan dalaman, lelaki tersebut digantung kerja selama sebulan dan diletakkan di bawah pemantauan ketat. Syarikat turut memberi amaran bahawa sebarang kesalahan gangguan seksual selepas ini boleh menyebabkan notis penamatan kerja dalam tempoh 24 jam.

Perkongsian mengenai insiden itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial dengan sebahagian memuji keberanian mangsa untuk tampil membuat aduan, manakala ada juga yang cuba menganggap kenyataan lelaki tersebut sebagai gurauan. Namun, ramai menegaskan bahawa tingkah laku sedemikian tidak wajar dinormalisasikan di tempat kerja kerana boleh menjejaskan maruah serta persekitaran profesional.

Kredit: Threads vitameen._

 

[fbcomments]