Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengelakkan kejadian tidak diingini apabila seorang pelajar wanita berusia 19 tahun dipercayai cuba membunuh diri di sebuah bangunan asrama tiga tingkat di Institut Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Seri Kembangan baru-baru ini.

Pelajar 19 Tahun Diselamatkan Selepas Dipercayai Cuba Terjun Bangunan Asrama

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.37 pagi itu mencetuskan kebimbangan orang ramai sebelum pihak bomba menerima panggilan kecemasan dan segera bergegas ke lokasi. Susulan laporan diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan bersama jentera LFRT, EMRS serta Water Tanker dikerahkan untuk menjalankan operasi menyelamat.

Komander Operasi, PBK I Nor Azuwan Zulghoni berkata, pasukan tiba di lokasi kira-kira jam 7.45 pagi sebelum melakukan pemeriksaan awal dan mengambil pendekatan memujuk mangsa supaya bertenang.

Menurut beliau, usaha anggota bomba yang bertindak secara berhati-hati dan berhemah akhirnya berjaya menyelamatkan pelajar terbabit dalam keadaan selamat tanpa sebarang insiden buruk berlaku.

Selepas operasi selesai, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah bagi tindakan lanjut. Operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.06 pagi selepas keadaan disahkan terkawal dan semua anggota dibenarkan kembali ke balai.

Difahamkan, pelajar terbabit kini menerima rawatan di hospital selain sedang menjalani rawatan serta pengambilan ubat berkaitan masalah anxiety dan halusinasi.

Dalam pada itu, orang ramai yang berdepan tekanan emosi atau masalah kesihatan mental disarankan supaya segera mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga, rakan terdekat atau pihak profesional bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Kredit: X mynewshub

[fbcomments]