Seorang pengumpul jersi di Sungai Besi, Kuala Lumpur meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa pesanan makanan yang dibuat melalui perkhidmatan p-hailing tidak diterima sepenuhnya seperti yang dipesan.

Pelanggan Dakwa Pesanan Tidak Lengkap, Rider P-Hailing Didakwa Ambil Makanan

Menurut Jeffry Aizad Syah Karim, dia hanya menyedari ada kekurangan selepas menerima dua bungkusan makanan, sedangkan pesanan asalnya adalah tiga bungkus. Keadaan itu kemudian mendorongnya untuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang penghantar p-hailing dilihat meletakkan tiga bungkusan makanan di hadapan rumah serta mengambil gambar sebagai bukti penghantaran. Namun, individu berkenaan didakwa mengambil salah satu bungkusan sebelum meninggalkan lokasi.

Jeffry turut mendakwa dia cuba menghubungi penghantar berkenaan, namun tidak menerima sebarang maklum balas. Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia kemudian meneliti maklumat lanjut dan menemui satu akaun Facebook yang dipercayai milik individu sama, berdasarkan persamaan nama dengan ID p-hailing serta nama pada jersi bola sepak Pulau Pinang yang dipakai dalam rakaman.

Dalam masa sama, Jeffry juga mendakwa individu terbabit mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perbankan Islam di sebuah institusi pengajian tinggi, berdasarkan maklumat yang ditemuinya di media sosial.

Jeffry memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan kepada pihak syarikat p-hailing berkenaan untuk tindakan dan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

kredit: mStar, Thread jeffryaizad

[fbcomments]