Kecekapan seorang jururawat dalam mengendalikan situasi kecemasan berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita yang dipercayai tercekik ketika berada di Pantai Hospital Ipoh pada 4 Mei lalu.

@pantaihospital_ipoh

𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦, 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 💙 Pada pagi 4 Mei 2026, Siti Maisyura, Jururawat Staf Wad 2B di Pantai Hospital Ipoh, baru sahaja menamatkan tugas dan sedang menunggu temu janji susulan anaknya berhampiran kawasan The Coffee Bean & Tea Leaf di dalam hospital. Tiba-tiba berlaku insiden dimana seorang wanita tercekik dan sukar bernafas dan suasana menjadi sangat panik. Ahli keluarga wanita tersebut mula meminta bantuan, dan setiap saat menjadi sangat kritikal. Tanpa membuang masa, Maisyura segera membantu. Dengan menggunakan latihan dan kemahiran yang dimiliki, beliau dengan tenang melakukan bantuan kecemasan. Beberapa saat kemudian, wanita tersebut kembali bernafas. Dalam detik mencemaskan itu, Maisyura bukan sekadar seorang jururawat, malah beliau adalah penyelamat nyawa. Tindakannya mencerminkan tema 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗡𝘂𝗿𝘀𝗲𝘀 𝗗𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟲: ✨ “𝗢𝘂𝗿 𝗡𝘂𝗿𝘀𝗲𝘀. 𝗢𝘂𝗿 𝗙𝘂𝘁𝘂𝗿𝗲. 𝗘𝗺𝗽𝗼𝘄𝗲𝗿𝗲𝗱 𝗡𝘂𝗿𝘀𝗲𝘀 𝗦𝗮𝘃𝗲 𝗟𝗶𝘃𝗲𝘀” Kami amat berbangga dengan keberanian dan keprihatinan beliau. Kisah ini membuktikan bahawa jururawat sentiasa bersedia membantu — walaupun di luar waktu bertugas. PantaiHospitalIpoh ByIHHHealthcare 30YearsOfTransformingLives InternationalNursesDay JururawatWira OffDutyHero HealthcareHeroes

♬ original sound – Pantai Hospital Ipoh – Pantai Hospital Ipoh

Tindakan Pantas Jururawat Guna Heimlich Selamatkan Nyawa Wanita Di Hospital Ipoh

Menerusi kenyataan yang dikongsikan pihak hospital, jururawat terbabit dikenali sebagai Siti Maisyura yang bertugas sebagai Jururawat Staf 2B. Ketika kejadian berlaku, beliau difahamkan baru sahaja tamat syif malam dan sedang menunggu temu janji susulan anaknya berhampiran kawasan The Coffee Bean & Tea Leaf di hospital berkenaan.

Walaupun tidak berada dalam waktu tugas rasmi dan hanya mengenakan pakaian kasual, Siti Maisyura tetap bertindak memberikan bantuan selepas menyedari seorang wanita mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba akibat tercekik.

Keadaan itu menyebabkan ahli keluarga mangsa panik dan segera meminta pertolongan daripada individu yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Tanpa mengambil masa yang lama, jururawat berkenaan menggunakan kemahiran serta latihan kecemasan yang dimilikinya dengan melakukan kaedah Heimlich bagi membantu mengeluarkan halangan pada saluran pernafasan mangsa.

Tindakan tersebut berjaya menyelamatkan wanita terbabit apabila objek yang tersekat dapat dikeluarkan sebelum mangsa kembali bernafas seperti biasa tidak lama kemudian.

Perkongsian mengenai kejadian itu turut mendapat perhatian ramai di media sosial dengan rata-rata netizen memuji tindakan pantas jururawat tersebut dan menyifatkannya sebagai contoh petugas kesihatan yang sentiasa bersedia membantu walaupun di luar waktu kerja.

Malah, insiden berkenaan juga dilihat bertepatan dengan tema sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2026 oleh International Council of Nurses iaitu “Jururawat Kita, Masa Depan Kita: Jururawat Berdaya Memperkasa Menyelamatkan Nyawa.”

Kredit: TikTok pantaihospital_ipoh

 

[fbcomments]