Dua wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa kekasaran majikan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini telah menerima perlindungan daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Johor Bahru. Kedua-dua mangsa dikenali sebagai YY dan SH kini ditempatkan di kediaman sementara KJRI bagi tujuan keselamatan serta bantuan lanjut.

Dua Pembantu Rumah Warga Indonesia Diberi Perlindungan KJRI Johor Bahru

Menurut sumber, KJRI dimaklumkan mengenai kes itu pada 13 Jun selepas salah seorang mangsa membuat laporan berkaitan dakwaan keganasan fizikal yang berlaku terhadap dirinya serta dua lagi rakan senegara. Difahamkan, ketiga-tiga wanita berkenaan bekerja sebagai pembantu rumah di Johor dan mendakwa sering mengalami penderaan ketika bekerja antara akhir 2025 hingga Januari 2026 sebelum ditinggalkan majikan di kawasan Kampung Melayu Majidee.

Selepas kejadian itu, mereka berpisah di mana seorang ke Kuala Lumpur manakala dua lagi kekal di Johor. Ketiga-tiga wanita terbabit juga didapati bekerja tanpa dokumen dan permit sah, serta pada awalnya takut untuk membuat laporan kerana pasport mereka dipegang majikan. Namun, akhirnya salah seorang tampil membuat aduan kepada KJRI yang kemudian bekerjasama dengan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan berasingan, polis sebelum ini telah menahan dua pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes pukul amah di Skudai, manakala siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Kredit: Berita Harian

 

[fbcomments]