Ucapan seorang aktivis Rohingya, Noor Azizah, ketika menerima anugerah Marie Claire Women of the Year bagi kategori Voice of Now 2025 di Australia mencetuskan kecaman dalam kalangan warga maya selepas rakaman video berkenaan kembali tular di media sosial.
@akhbar.malaysia1 Isu Rohingya kembali hangat bila satu video ucapan aktivis Rohingya, Noor Azizah, tular semula di media sosial. Dalam ucapan yang disampaikan di pentas antarabangsa, beliau menyentuh pelbagai isu melibatkan nasib pelarian Rohingya termasuk di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Apa yang mencetuskan perdebatan apabila ramai netizen mendakwa kenyataan tersebut seolah-olah tidak menghargai bantuan dan perlindungan yang telah diberikan Malaysia kepada komuniti Rohingya selama ini. Ada yang mempertahankan hak beliau untuk bersuara, manakala ada juga yang menganggap tindakan itu tidak wajar. Video berdurasi lebih seminit itu kini menjadi topik hangat di Threads dan Instagram. Persoalannya, adakah Noor Azizah sekadar menyuarakan realiti yang dihadapi komuniti Rohingya atau tindakannya telah melampaui batas hingga mengguris hati rakyat Malaysia? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen. Kredit : Threads #threads #malaysia #akhbarmalaysia
Aktivis Rohingya Dikecam Selepas Kritik Malaysia Di Pentas Antarabangsa
Kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan kenyataan yang disampaikan itu sebagai tidak menghargai bantuan serta perlindungan yang diberikan Malaysia kepada komuniti Rohingya selama ini. Video tersebut difahamkan merupakan ucapan lama yang disampaikan ketika majlis graduasi di University of Sydney pada tahun lalu, namun kembali menjadi perhatian selepas dimuat naik semula di Instagram miliknya pada Sabtu lalu.
Dalam ucapan tersebut, Noor Azizah membangkitkan pelbagai isu berkaitan nasib komuniti Rohingya di beberapa negara serantau termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Beliau mendakwa komuniti tersebut berdepan pelbagai bentuk kesukaran selepas melarikan diri dari Myanmar, termasuk isu keselamatan dan layanan tidak adil di negara berkenaan.
![]()
Antara dakwaan yang dikemukakan termasuk lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di Malaysia yang didakwa ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan tidak berpeluang menerima pendidikan seperti kanak-kanak lain. Beliau turut mendakwa wujud penyebaran ucapan kebencian dan maklumat palsu terhadap komuniti Rohingya di Indonesia, termasuk penggunaan gelaran menghina di media sosial.
Selain itu, beliau turut menyentuh keadaan di Thailand dengan mendakwa berlakunya eksploitasi terhadap komuniti tersebut melalui sindiket pemerdagangan manusia, termasuk lelaki yang dipaksa menjadi buruh serta wanita yang hilang tanpa dikesan.
![]()
Difahamkan, Noor Azizah yang kini menetap di Australia menyampaikan ucapan itu ketika majlis berkenaan pada tahun lalu, namun ia kembali tular selepas dikongsi semula di media sosial dengan ruangan komen ditutup.
Penularan semula video tersebut turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai, yang rata-ratanya mempertikaikan kenyataan berkenaan serta membangkitkan soal penghargaan terhadap bantuan dan perlindungan yang telah diberikan oleh Malaysia kepada komuniti terbabit.
Kredit: Sinar Harian