Video tular di media sosial baru-baru ini memaparkan insiden melibatkan seorang individu dipercayai warga Singapura yang didakwa mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Malaysia, sekali gus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen. Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak apabila tindakan tersebut disedari oleh pekerja premis berkenaan.
@zacharoy_ Singaporean driver caught filling ron 95 at selangor 💀 #malaysia #singaporecars #ron95 #fyp #viralvideo
Pekerja Stesen Minyak Bertindak Pantas, Warga Singapura Didakwa Isi RON95
Menerusi rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok @zachoroy, individu terbabit dilihat sedang mengisi minyak menggunakan nozel berwarna kuning yang menandakan petrol RON95, iaitu minyak bersubsidi di Malaysia. Tidak lama kemudian, seorang pekerja stesen minyak dilihat menghampiri kenderaan tersebut sebelum bertindak menegur dan terus mengalihkan nozel daripada tangki bagi menghentikan pengisian minyak tersebut.
Tindakan pantas itu turut menarik perhatian beberapa pelanggan lain yang berada di stesen minyak berkenaan pada waktu kejadian.
![]()
Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 600,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Meninjau ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan individu berkenaan, selain memuji keberanian dan ketegasan pekerja stesen minyak yang bertindak segera dalam situasi tersebut.
Orang ramai turut menegaskan bahawa pelawat asing seharusnya menggunakan petrol RON97 dan tidak menyalahgunakan subsidi yang diperuntukkan untuk rakyat Malaysia.
Kredit: TikTok zachoroy