Tindakan penduduk kampung yang menyedari kelakuan mencurigakan sepasang remaja yang kerap keluar masuk kawasan sebuah surau pada waktu lewat malam akhirnya membawa kepada satu pemeriksaan yang membongkar kejadian tidak senonoh di Kulim, Kedah.

Kehadiran pasangan itu ke kawasan surau beberapa kali pada waktu tidak sesuai telah menimbulkan syak dalam kalangan orang kampung berhampiran.

Kerap Masuk Surau Waktu Malam, Pasangan Remaja Ditahan Dalam Keadaan Separuh Bogel

Bertindak atas maklumat orang awam, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim menjalankan pemeriksaan di lokasi berkenaan sekitar jam 1.30 pagi. Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki dan seorang remaja perempuan berada di dalam tandas surau dalam keadaan separuh bogel.

Lelaki berusia 18 tahun itu berasal dari Sungai Kob, Karangan dan bekerja di gerai nasi lemak, manakala pasangannya berusia 15 tahun berasal dari Changlun dan tinggal bersama ibu saudaranya di Sungai Ular.

Difahamkan, kedua-dua mereka bukan pasangan suami isteri dan baru sahaja berkenalan kira-kira seminggu ketika bertemu di tempat kerja. Kejadian itu turut disedari oleh orang awam di kawasan gerai makan berhampiran yang sebelum ini beberapa kali melihat mereka menuju ke surau pada lewat malam dan awal pagi, sekali gus menimbulkan kecurigaan.

Pasangan terbabit kemudian dibawa untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Kredit: Sinar Harian

 

[fbcomments]