Polis menahan lima lelaki tempatan berusia lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang dan berjaya ditemui semula dalam satu operasi di Machang pada Sabtu.
![]()
Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Kehilangan Dua Remaja Perempuan
Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor memaklumkan bahawa semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Machang pada petang Sabtu untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut. Hasil permohonan tersebut, dua suspek utama direman selama lima hari, manakala tiga lagi suspek direman selama dua hari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali meluahkan rasa syukur selepas kedua-dua remaja berkenaan berjaya diselamatkan oleh pihak polis.
![]()
Difahamkan, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai bagi menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut. Terdahulu, kedua-dua remaja yang merupakan pasangan sepupu itu dilaporkan hilang sejak Khamis selepas keluar ke bandar Kota Bharu tanpa ditemani ahli keluarga buat kali pertama.
Kredit: BERNAMA