Kemarahan penyokong bola sepak Korea Selatan terhadap bekas jurulatih Hong Myung Bo semakin memuncak selepas prestasi pasukan negara itu di Piala Dunia 2026 dianggap mengecewakan.

Korea Selatan Tersingkir Piala Dunia 2026, Hong Myung Bo Jadi Sasaran Kemarahan Penyokong

Situasi menjadi lebih tegang apabila beberapa premis perniagaan di Korea Selatan mula meletakkan notis melarang beliau memasuki kedai mereka. Tindakan ini dipercayai berpunca daripada kekecewaan penyokong selepas Korea Selatan tersingkir awal daripada kejohanan tersebut.

Difahamkan, sekurang-kurangnya sebuah pasar raya dan sebuah restoran barbeku telah memaparkan papan tanda larangan itu, dan gambar berkenaan turut tular di Reddit sehingga menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Hong Myung Bo dilaporkan meletak jawatan sehari selepas kekalahan Korea Selatan kepada Afrika Selatan yang menyebabkan mereka tersingkir dari Piala Dunia. Keputusan itu dibuat tidak lama selepas Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, mengkritik prestasi pasukan kebangsaan.

Dalam kenyataan terdahulu, presiden tersebut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi pasukan sebelum memohon maaf kepada rakyat atas kegagalan itu. Kenyataan itu mencerminkan kemarahan besar dalam kalangan penyokong bola sepak negara tersebut.

Sementara itu, penyokong turut mendesak supaya perubahan besar dilakukan dalam pengurusan bola sepak Korea Selatan bagi memperbaiki prestasi pada masa akan datang.

Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) pula memaklumkan tiada majlis sambutan kepulangan akan diadakan untuk skuad kebangsaan berikutan situasi semasa yang tegang.

Sebelum ini, penyokong pernah bertindak membaling gula-gula tradisional ke arah pemain ketika pulang dari Piala Dunia di Brazil selepas pasukan tersingkir di peringkat kumpulan ketika penggal pertama Hong Myung Bo sebagai jurulatih.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]