Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, berlepas ke Tanah Suci pada pagi Ahad bagi menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarga serta sebahagian kakitangan syarikat miliknya, D’Herbs.
@papalarisofficial Alhamdulillah, hari ini papa bersama keluarga dan sebahagian daripada staf D’Herbs berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Tiada yang lebih membahagiakan selain dapat berkongsi rezeki dengan insan-insan yang sama-sama berjuang bersama papa. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan perjalanan kami, mengurniakan umrah yang mabrur, menerima segala amal ibadah serta memakbulkan setiap doa yang dipanjatkan. Doakan semoga perjalanan ibadah kami dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan pulang dengan hati yang lebih tenang serta penuh keberkatan. Insya-Allah, jika diizinkan Allah SWT, saya berharap lebih ramai lagi team dapat menjadi tetamu-Nya pada masa akan datang. Semoga Allah menerima setiap amalan kita semua. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
Aliff Syukri Kongsi Rezeki, Bawa Keluarga Dan Staf D’Herbs Tunai Umrah
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Aliff, 38, memaklumkan rombongan tersebut disertai isterinya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, enam orang anak mereka, keluarga mentua serta beberapa kakitangan D’Herbs yang turut berpeluang menunaikan ibadah berkenaan.
Menurut Aliff, peluang untuk membawa insan-insan yang banyak berjuang bersamanya dalam perniagaan ke Tanah Suci merupakan satu nikmat yang amat disyukurinya. Baginya, tiada kegembiraan yang lebih bermakna selain dapat berkongsi rezeki dengan individu yang selama ini memberi komitmen dalam membangunkan syarikat.
Dalam masa sama, Aliff turut memohon doa agar segala urusan sepanjang berada di Tanah Suci dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Beliau juga berharap segala amalan diterima Allah SWT dan dikurniakan umrah yang mabrur.
![]()
Selain itu, Aliff menyatakan harapan agar pada masa akan datang lebih ramai lagi kakitangan syarikatnya berpeluang menjadi tetamu Allah sekiranya diberikan rezeki dan kesempatan.
Sebelum ini, Shahida turut memaklumkan bahawa seramai 60 kakitangan serta rakan niaga dibawa bersama dalam rombongan tersebut bagi menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
Kredit: TikTok papalarisofficial