Seorang individu dikenali sebagai Fareeda Faheema mendakwa bapanya antara yang terkesan dalam urusan pembelian tanah di Hulu Langat, Selangor yang dikaitkan dengan usahawan Datuk Red, dengan tuntutan hutang mencecah lebih RM48,000.
![]()
Wanita Dakwa Bapa Jadi Mangsa Urusan Tanah, Tuntut Datuk Red Selesaikan Hutang RM48,000
Menerusi satu hantaran di Threads, Fareeda mendakwa jumlah tersebut melibatkan urusan pembelian tanah yang dikatakan masih belum diselesaikan, sekali gus meminta pihak berkenaan melunaskan bayaran yang didakwa tertunggak. Dia turut menyatakan bahawa ramai pembeli lain, termasuk warga emas berusia sekitar 70 hingga 80 tahun, dipercayai turut terkesan dalam urusan sama.
![]()
Dalam perkongsian sama, Fareeda mendakwa terdapat individu lain dalam lingkungan umur tersebut yang turut terlibat sebagai pembeli tanah berkenaan dan dipercayai mengalami situasi sama, selain meluahkan rasa simpati terhadap golongan terbabit serta menuntut agar isu tersebut diberi perhatian sewajarnya.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Datuk Red berhubung dakwaan yang dibuat tersebut.
Kredit: Thread fareeda_faheema