Penyanyi Adira Suhaimi memaklumkan dia belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga semula kerana mahu memberi keutamaan kepada penyelesaian kes pengesahan lafaz rujuk yang masih berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
![]()
Adira Mahu Selesaikan Kes Mahkamah Dahulu, Belum Fikir Soal Kahwin Semula
Kes yang difailkan oleh bekas suaminya, Datuk Red, 48, itu telah ditangguhkan dan akan disebut semula pada 3 September depan. Susulan perkembangan tersebut, Adira berkata, dia tidak dapat memikirkan soal perkahwinan selagi urusan mahkamah belum selesai sepenuhnya.
Menurut Adira, segala perancangan mengenai kehidupan peribadinya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana mahu memberi fokus kepada kes berkenaan.
“Macam mana saya nak kahwin? Kes ini pun belum selesai lagi. Mudah untuk dia berkahwin kan? Saya nak kahwin susah.
“Macam mana kita nak rancang, perkara ini tak selesai lagi? Beri masa untuk saya selesaikan dulu, kalau ada, Insya-Allah,” ujarnya.
@hmetromy Penyanyi, Adira Suhaimi, 35, mengakui dia tidak memikirkan untuk berkahwin baharu selagi bicara pengesahan lafaz rujuknya dengan bekas suami, Datuk Red, 48, belum selesai sepenuh.
Dalam masa sama, Adira turut memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan hubungan dengan seorang jejaka misteri. Katanya, dia hanya akan berkongsi perkara tersebut selepas kes pengesahan lafaz rujuk selesai.
“Tak apa, saya akan cerita semua benda ini selepas hal ehwal mahkamah selesai, Insya-Allah. Saya nak fokus untuk selesai dahulu kes rujuk ini. Kemudian baru saya boleh buka semua cerita,” katanya lagi.
Difahamkan, prosiding yang berlangsung hampir dua jam itu dijalankan secara tertutup. Adira hadir sebagai defendan, manakala plaintif, Datuk Red, tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai urusan peribadi.
Kredit: Harian Metro