Sebuah restoran ayam goreng di Wenzhou, Zhejiang berdepan tindakan pihak berkuasa selepas seorang pekerjanya dirakam melakukan perbuatan yang mencetuskan kebimbangan terhadap tahap kebersihan makanan di premis berkenaan.

@mothershipsg

extra seasoning The incident was captured by the shop’s “transparent kitchen” livestream, which allows customers to watch food preparation through a food delivery platform. The footage was shared online by a member of the public on Aug. 12 and quickly drew attention over the employee’s hygiene practices. According to News.china.com, the outlet, Lemon Captain Korean Fried Chicken at MixC Mall in Wenzhou, Zhejiang in China was subsequently closed. The Wenzhou Municipal Market Supervision Administration issued an administrative penalty and ordered all fried chicken products at the shop to be destroyed, according to Chinese news outlet TVBS. The employee was fired, while the operator was reportedly in the process of cancelling its business licence. #mothershipabroad #fyp #china

♬ original sound – Mothership – Mothership

Pelanggan Terkejut Tonton Rakaman Dapur, Pekerja Ayam Goreng Garu Punggung Sebelum Bungkus Pesanan

Dalam rakaman tersebut, pekerja lelaki terbabit dilihat memasukkan tangan ke dalam seluarnya sebelum menggaru bahagian punggung selama lebih 20 saat ketika sedang menyediakan pesanan pelanggan. Apa yang lebih membimbangkan, dia kemudiannya meneruskan tugas tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Lelaki berkenaan dilihat mengambil penyepit serta bekas makanan sebelum meneruskan proses membungkus ayam goreng untuk pesanan pelanggan. Perbuatan itu akhirnya diketahui selepas dirakam menerusi sistem “dapur telus”, iaitu kemudahan yang membolehkan pelanggan melihat proses penyediaan makanan secara langsung melalui platform penghantaran makanan.

Rakaman tersebut kemudian dikongsikan pada 12 Ogos lalu, sekali gus menarik perhatian pihak berkuasa tempatan. Susulan kejadian, restoran Lemon Captain Korean Fried Chicken yang terletak di MixC Mall diarahkan untuk ditutup. Selain penutupan premis, pihak berkuasa turut mengambil tindakan pentadbiran terhadap restoran berkenaan dan mengarahkan semua ayam goreng yang terdapat di premis itu dimusnahkan bagi mengelakkan ia terus dijual kepada pelanggan.

Pekerja yang terlibat dalam rakaman itu juga telah dipecat kerana melanggar amalan kebersihan ketika mengendalikan makanan. Pada masa sama, pengusaha restoran dilaporkan sedang menguruskan proses pembatalan lesen perniagaan susulan insiden tersebut.

Kredit:: China.com, TikTok mothershipsg

[fbcomments]