Seorang pemilik media sosial mendakwa bil air premisnya di Bukit Tinggi, Klang, meningkat mendadak selepas mendapati seorang individu yang didakwa warga Rohingya menggunakan paip di kawasan kedai untuk mencuci pakaian pada waktu malam.
![]()
Bil Air Melambung, Pemilik Kedai Dakwa Warga Rohingya Cuci Pakaian Guna Paip Premis
Menerusi perkongsian di Facebook, Christine Teoh mendakwa kejadian itu dipercayai menyebabkan penggunaan air meningkat sehingga bil bulanan yang diterima jauh lebih tinggi daripada biasa.
Beliau turut mendakwa individu berkenaan mencuci pakaian di kaki lima premis dan menggunakan bekalan air dari paip kedai tanpa kebenaran.
“Rupa-rupa nya bil air bulanan tinggi, bukan paip rosak! Ada orang curi air siap basuk baju sini!”, tulisnya.
![]()
Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai satu bentuk gangguan kepada pemilik premis serta mendakwa aduan berkaitan kelakuan mengganggu oleh warga asing semakin kerap didengari ketika ini. Bagaimanapun, dakwaan tersebut berdasarkan perkongsian pemilik media sosial dan belum disahkan pihak berkuasa.
Kredit: Facebook Christine Teoh