Dua penunggang basikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 9, Persiaran Selatan, Putrajaya, kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Dua Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kereta Di Putrajaya

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipercayai bergerak dari lorong tengah sebelum menukar haluan ke lorong kiri dan merempuh kedua-dua mangsa.

Mangsa, Syazwan Zharif Abdul Karim, 30, dan Mohd Hilmi Tahar, 48, mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat kedua-duanya kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Polis turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau balai polis berhampiran.

Kredit: Utusan Malaysia

 

[fbcomments]