Seorang wanita berusia 34 tahun dilaporkan maut selepas terlibat dalam kejadian bot rafting terbalik di Sungai Pertak, pada Sabtu.
![]()
Wanita Maut Bot Rafting Terbalik Di Sungai Pertak
Dalam kejadian sekitar tengah hari itu, mangsa bersama lima rakannya dilaporkan tercampak ke dalam air ketika bot berkenaan melalui jeram pertama. Mangsa kemudiannya ditemukan tersangkut pada halangan di dasar sungai, manakala rakan-rakannya cuba membantu mengeluarkannya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.52 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.
![]()
Pasukan bomba membawa mangsa sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian ke kawasan selamat berhampiran Kem Rimbayu sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut. Operasi menyelamat dan pemindahan mangsa berakhir pada jam 6.30 petang.
Kredit: Sinar Harian