Baru-baru ini tular sebuah hantaran di Facebook yang mendakwa seorang remaja perempuan maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di sebuah pusat beli-belah.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disahkan tidak benar selepas polis menjalankan siasatan dan mendapati tiada kejadian seperti yang diperkatakan berlaku.

Sebar Berita Palsu Remaja Maut Akibat Renjatan Elektrik, Boleh Didenda RM500,000

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung hantaran berkenaan pada jam 7.50 malam.

Menurut beliau, laporan itu dibuat susulan penyebaran pautan di Facebook yang memaparkan dakwaan kematian remaja perempuan tersebut. Naazron berkata, pihak polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, individu yang bertanggungjawab boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau pertanyaan berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau merujuk saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kredit: Berita Harian

 

[fbcomments]