Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Sabah memaklumkan bahawa kes baharu covid-19 yang direkodkan di Sabah membabitkan seorang wanita dan kanak-kanak warganegara Malaysia.

Menurutnya, kes tersebut melibatkan kanak-kanak di Penampang yang dipercayai murid pra sekolah.

Semalam juga ada arahan penutupan sebuah kelas bagi prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Penampang berikutan terdapat murid yang dijangkiti Cov-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes ini dikesan positif Cov-19 semasa saringan sebelum prosedur kemasukan wad di hospital berkenaan.

“Semua kontak serumah dan sekolah telah dikenal pasti dan mereka dikehendaki menjalani saringan Covid-19.”

[fbcomments]