Isu Sajat berpakaian wanita semasa menunaikan umrah dilihat belum ada sebarang tanda-tanda untuk berhenti. Malah Sajat pula dilihat semakin rancak menunjukkan dia berpakaian sama seperti wanita.
Kali ini, PU Rahmat Ikhsan telah membidas dengan lantang berkenaan mutawif serta agensi yang membawa Sajat ke Mekah.

Sebenarnya macam mana ni?
Nampaknya, pendakwah tersebut begitu berang apabila pihak agensi dan mutawif yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa telah meminta Sajat serta rakan-rakannya mengikuti semua peraturan dilihat seakan mengambil enteng perkara tersebut.

Duduk semeja lagi?
Mutawif yang membawa Sajat di Tanah Suci masih duduk semeja bersama usahawan kecantikan itu yang lengkap berhijab seperti wanita.
Saya mohon penjelasan
PU Rahmat juga telah meminta agar mutawif serta agensi memberikan penjelasan dengan apa yang berlaku kerana mereka memberi alasan bahawa pemakaian Sajat setibanya di Tanah Suci tempoh hari adalah diluar jangkaan mereka.
Beliau juga turut memberi amaran kepada pihak agensi tersebut andai terbukti mereka melindungi Sajat hanya kerana bayaran, dia tidak teragak-agak menyamakan mereka seperti kapitalis yang tiada moral dan agama.