Seperti yang kita semua tahu, Fad berada di Jepun bercuti bersama keluarganya, ketika diberitahu mengenai berita kematian Abam. Jiwa Fad meronta ingin berjumpa arwah sepanjang menunggu masa menaiki kapal terbang pulang ke Malaysia tapi sayangnya tiada tiket penerbangan pada ketika itu.
Tapi kini dimaklumkan Fad dan keluarga telah sampai di lapangan terbang KLIA disambut oleh Achey dan beberapa lagi kenalan.
Kepulangan disambut dengan linangan air mata
Suasana bertukar suram dan pilu ketika Fad dan Achey saling berpelukan dengan linangan air mata sambil memeluk cium baju arwah Abam untuk melepaskan kerinduannya.
Fad terus menuju ke kediaman Abam untuk bertemu dengan keluarga arwah.
Aku terbayang kau dalam pelukan kami
Fad tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya kerana tidak sempat untuk dirinya berjumpa arwah Abam buat kali terakhir.
“.. aku terbayang kau pon ada bam dalam pelukan tu..”
Begitu kuatnya ikatan persahabatan mereka bertiga.