Pelakon dan model Ikmal Amry akui bukan mahu menunjuk-nunjuk punyai bentuk badan yang sasa sebaliknya bertunjuan memberikan inspirasi kepada peminatnya.
![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_auto,q_lossy,ret_img,w_500/https://bawangrangers.com/wp-content/uploads/2020/08/ikmal-4.png)
Dia turut menjelaskan bahawa bentuk badan yang cantik itu merupakan kelebihan dan menjadi aset baginya sebagai selebriti.
Saya tunjuk badan di Instagram bukan nak show off atau nak orang suka tapi sebab saya ada. Itu kelebihan saya.
Saya kongsikan foto itu sebab saya boleh tunjuk dekat produksi yang saya ada bentuk badan yang cantik. Itu kelebihan saya sebab sejujurnya saya berlakon tak ada la hebat macam pelakon lain.
![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_auto,q_lossy,ret_img,w_500/https://bawangrangers.com/wp-content/uploads/2020/08/9-1-1024x1024.jpg)
Asalnya saya kurus kering dan tak yakin pun untuk keluar rumah apatah lagi tunjuk badan. Bila sudah ada badan yang lawa, kenapa tidak tunjukkan sebagai kenangan atau inspirasi kepada orang luar. Orang akan bertanyakan tips dan secara tidak langsung dapat menarik peminat.
Bagaimanapun Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 26, berkata dia tidak mempunyai masalah untuk melakonkan babak tidak memakai baju dengan bersyarat.
![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_auto,q_lossy,ret_img,w_500/https://bawangrangers.com/wp-content/uploads/2020/08/hqdefault.jpg)