fbpx

Baru-baru ini tular di laman TikTok yang memaparkan seorang lelaki setia menjaga dan menguruskan isterinya yang kini tidak lagi mampu berjalan serta sudah hilang daya ingatan selepas otaknya dijangkiti kuman pada Jun 2022.

@asdinaarffin

Hilang semua memori perkahwinan kami … #fighter #wife #WAFT #motivasi #keepstrong #xybca #angel #bidadarisyurga #life #prayforsyamimi #keajaibanuntuksyamimi #husbandwife

♬ оригинальный звук – 🕊️Anyalove❤️

Isteri Hanya Ingat Ingatan Setakat 2018

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @asdinaarffin di laman TikTok, difahamkan isteri kepada Asdina Arffin, 32, iaitu Noor Syamimi Rohim, 33, sebelum ini seorang yang aktif dan jarang sakit. Namun kehidupannya mula berubah sepenuhnya selepas isterinya dijangkiti kuman dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri setiap hari.

Asdina turut memaklumkan bahawa isterinya mengalami masalah daya ingatan dan kebanyakan memori adalah kenangan setakat tahun 2018 sahaja. Malah, isterinya juga turut beranggapan beberapa ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia itu masih lagi hidup.

“Remuk hati apabila isteri tak ingat yang kami sudah berkahwin dan saya adalah suaminya, malah dia ingat kami masih berkawan tetapi itu bukan sebab untuk saya meninggalkannya dalam keadaan dirinya yang tidak berdaya. Isteri sudah menjalani dua pembedahan di kepala termasuk membuang cecair yang menyebabkan dia tak boleh berjalan tetapi tangannya boleh digerakkan dan ketika ini keadaan kesihatannya nampak ada perubahan.

“Cuma saya agak sedih dan terkilan kerana dia tak ingat saya sebagai suami tetapi dia tahu kami memang berkawan, nama penuh saya dan nama panggilan saya yang dia panggil iaitu ‘shuben’. Apabila saya cakap kami sudah berkahwin, dia cakap belum lagi dan perasaan itu memang sedih terutama ketika mula-mula dia tak ingat saya sebagai suaminya. Ketika itu hati belum betul-betul reda menerima ujian ini,” katanya.

@asdinaarffin

JOM KITA REPOSTED , INI LAH BIDADARI SYURGA ,”SYAMIMI” #fyp #fypシ #viral #fighter #life #xyzbca #angel #bidadarisyurga #wife #host #dj #tiktok

♬ Royalty Full Song Speed Up – Tamioka_Giyu

Tanggungjawab Sebagai Seorang Suami

Tambah Asdina lagi, beliau memperoleh semangat untuk kuat menjaga isterinya itu kerana beliau amat menyayangi cinta hatinya selain menyedari ia adalah tanggungjawab sebagai seorang suami. Beliau turut berkata sepanjang tempoh perkahwinan ketika isterinya masih sihat, dikatakan isterinya itu bukan saja mengutamakan keluarga, malah sentiasa menyokongnya, ceria dan tetap bersama ketika waktu senang dan susah.

“Saya bukan saja berjanji dengan isteri yang mahu sentiasa bersama di saat susah dan senang tetapi turut berjanji pada keluarganya dan Allah SWT saat akad nikah dilafazkan. Jadi saya akan cuba menjaganya dengan baik selagi ada daya. Lagipun ini ujian Allah beri kepada kami dan tiada siapa yang mahu sakit sama juga dengan isteri kalau diberi pilihan dia juga tidak mahu berada dalam keadaan seperti itu. Perkahwinan kami belum dikurniakan anak dan sekarang kami juga diuji dengan keadaan kesihatan isteri tetapi bagi saya perkahwinan ini bukan hanya berlandasan nafsu tetapi sebenarnya mencari keredaan Allah,” ujarnya.

Berharap Dan Berdoa Supaya Isteri Kembali Sihat

Dalam pada itu, Asdina juga berkata tiada alasan untuknya meninggalkan isterinya ketika dia diuji dengan masalah kesihatan, sekaligus mengakui bahawa sehingga kini beliau tidak pernah berhenti berharap dan berdoa agar isterinya kembali sihat seperti dulu.

“Perkara yang paling saya takuti seandainya saya ‘pergi’ dulu sebelum dia yang masih belum sihat sebab itu saya doa kalau berlaku apa-apa kepada saya biarlah isteri sihat dulu. Ketika ini saya yang menguruskannya dan adik bantu jika ada kerja di luar. Kalau boleh selagi ada daya saya memang mahu menguruskan isteri,” katanya yang sedang memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Noor Syamimi.

Kredit: Harian Metro, TikTok asdinaarffin

[fbcomments]