Persengketaan antara penyanyi Iman Troye dan usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri, nampaknya berakhir apabila kedua-duanya tampil melancarkan lagu raya bersama.

Namun di sebalik kemesraan mereka kini, netizen masih tertanya-tanya sama ada konflik yang berlaku sebelum ini hanyalah sekadar strategi pemasaran.

Video di bawah:

https://x.com/tiulakitum/status/1894352280541106293?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Iman Troye & Aliff Syukri Berdamai, Netizen Syak Hanya Gimik Promosi?

Sebelum ini, hubungan mereka tegang apabila Iman secara terbuka tidak bersetuju dengan hasrat Aliff Syukri untuk menerbitkan lagu raya.

Keadaan bertambah keruh apabila pertelingkahan mereka membawa kepada tindakan saman oleh Aliff Syukri terhadap Iman, sehingga penyanyi itu hadir ke balai polis bagi memberikan keterangan.

Bagaimanapun, kontroversi itu mereda apabila Aliff Syukri menarik semula saman yang difailkan, sekali gus menamatkan konflik antara mereka. Namun, perkembangan tersebut mencetuskan reaksi berbeza dalam kalangan netizen, dengan ramai yang berpendapat bahawa isu ini hanyalah gimik promosi bagi menarik perhatian terhadap lagu raya mereka.

Sebilangan pengguna media sosial turut mempersoalkan sama ada tindakan mereka yang melibatkan pihak berkuasa hanya sekadar sandiwara atau benar-benar berlandaskan isu sebenar.

Malah, ada yang mengingatkan bahawa membuat laporan palsu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan tegas.

Sehubungan itu, netizen mendesak pihak berkuasa untuk memberi penjelasan sama ada terdapat unsur pelanggaran undang-undang dalam kontroversi ini, atau ia sekadar sekeping lagi episod drama dunia hiburan.

Kredit: X tiulakitum

[fbcomments]