Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali ada meluahkan rasa terkilan di Instagramnya apabila ada pihak mendakwa dirinya seolah-olah tidak bersedih dengan pemergian suaminya itu.
Tak perlu ditunjuk
Hidayah memuat naik satu foto bersama anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Hidayah memberitahu bahawa ada pihak di luar sana tidak melihat kesedihan sebenar yang dirasainya setelah arwah suaminya meninggal dunia.
Tambah Hidayah, dia tidak hiraukan mulut masyarakat dan kesedihan yang ditanggung tidak perlu ditunjuk-tunjuk.
Ngadu dekat Allah je, bukan netizen

