fbpx

Jenayah ragut di malaysia ni semakin hari semakin meningkat seperti tiada penghujung. Terkini tular di media sosial, seorang wanita telah disahkan meninggal dunia selepas koma dipercayai akibat diragut pada 23 November tahun lepas.

Apa yang lebih menyayat hati ialah arwah meninggalkan seorang anak kecil berusia 8 bulan. Menurut laporan yang dikongsi , mangsa cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal selepas menjadi mangsa ragut.

Semalam, telah kembalinya seorang mangsa ragut kepada PeciptaNya.. akibat kecederaan terjatuh dari motorsikal selepas…

Posted by Penang Kini on Isnin, 13 Januari 2020

Oleh kerana kejadian itu, Nur Farahdila Zulkifli yang kritikal itu telah dirawat di Hospital Seberang Jaya.Arwah dikatakan mengalami kecederaan patah 3 tulang di leher, pecah bibir, bengkak jari tengah dan koma sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Semoga kita semua terhindar dari perkara-perkara seperti ini dan sentiasa berwaspada walau dimana berada.

Semoga keluarga arwah tabah menghadapinya dan semoga arwah ditempatkan dalam golongan-golongan orang beriman. Alfatihah

[fbcomments]