Keluarga selebriti Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, diuji dengan pemergian anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees, yang menghembuskan nafas terakhir ketika tidur pada Selasa semalam.

Anak Bongsu Ayu Raudhah & Zaquan Adha Meninggal Dunia Ketika Tidur

Berita sedih itu disahkan oleh kakak Ayu, pelakon Rozita Che Wan, yang memaklumkan bahawa Allahyarham meninggal dunia sekitar jam 1 petang di kediaman mereka di Seremban.

“Jenazah ketika ini (semalam) berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan arwah meninggal ketika tidur dan tidak mengalami sebarang sakit,” katanya.

Zaquan turut berkongsi berita duka itu melalui hantaran di Insta-story, meminta doa agar dia dan isteri diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini.

Untuk rekod, Muhammad Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu pada jam 12.57 tengah hari. Ayu dan Zaquan sebelum ini dikurniakan tujuh cahaya mata, termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, serta seorang lagi anak yang kini berusia setahun.

Semoga keluarga ini diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]