Sebuah rakaman video tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi apabila seorang lelaki dilihat menarik kunci motosikal yang dinaiki dua pelajar sekolah berhampiran lampu isyarat.
Namun, siasatan terkini mendapati lelaki terbabit merupakan seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas rasmi ketika kejadian berlaku.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSkc4eBna/
Anggota Polis Tarik Kunci Motosikal Pelajar, Rupanya Kerana Tiada Nombor Pendaftaran
Menurut sumber, tindakan mencabut kunci motosikal tersebut dilakukan selepas anggota terbabit mendapati motosikal itu tidak mempunyai nombor pendaftaran.
Selain itu, motosikal berkenaan dipercayai telah diubah suai dan menggunakan ekzos bising yang menyalahi undang-undang jalan raya.
![]()
Anggota polis tersebut difahamkan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 24(1)(b) Akta Polis 1967 dan Seksyen 58(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan yang mencurigakan.
Kredit: Harian Metro, TikTok utusantvofficial