Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seekor anjing cuba menyerang dua orang Muslim, iaitu seorang lelaki dan kanak-kanak, yang sedang menunaikan solat di tepi jalan.
Lepaskan anjing ke arah Muslim sedang solat
Difahamkan anjing tersebut adalah milik seorang lelaki, yang sengaja dilepaskan dengan tujuan mahu mengganggu dua orang Muslim yang sedang solat itu.
Dapat diperhatikan awalnya anjing itu berlari dengan aggresif, seakan-akan mahu menyerang dua orang Muslim tersebut, sambil diperhatikan pemiliknya.
Tetap teruskan solat dalam ketakutan
Walau bagaimanapun, mereka tetap meneruskan solat sehingga selesai.
Memeranjatkan, ketika di rakaat terakhir semasa dua orang Muslim berkenaan mengucapkan syahadah, anjing garang itu dilihat tenang dan tunduk ke arah mereka. SubhanAllah.