Petang tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah memaklumkan kepada orang ramai agar mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung. Malam ini menyaksikan orang ramai mula berpusu-pusu ke balai polis berhampiran menyebabkan kesesakan luar biasa.
Terbaru, Ketua Polis Negara menarik balik arahan untuk mendapatkan kebenaran susulan dari keadaan tidak terkawal.
Boleh buat pergerakan tanpa isi borang’
Walau bagaimanapun, arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.
Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.